Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percutian mesti tengah sesak dengan pengunjung kan, rate hotel n resort pun kalau waktu cuti sekolah harga boleh menangis ðŸ˜ðŸ˜ waktu nk bayar..
Kalau ramai sangat orang ni tk seronok sangat kalau nk bersantai bersama keluarga, pegerakan pun agak terbatas nanti. Kalau nk shopping pun tak best sebab peniaga biasanya letak harga yang lebih tinggi. Biasanya masa macam ni lah peniaga akan ambil kesempatan kaut keuntungan yg lebih banyak.
Dalam entry ni ayu nk share 1 tempat percutian yang boleh korang pilih sebagai salah satu destinasi untuk bawak anak-anak masa cuti sekolah ni. Kalau korang sukakan alam semulajadi tempat ni memang sangat-sangat sesuai.
Sepanjang 4 tahun duduk di kelantan, ini adalah kali kedua jejakkan kaki ke tempat ni. Alhamdulillah banyak sangat perubahan. Kalau dulu kemudahan tandas pun agak kurang memuaskan. Tapi sekarang sejak march 2013 kawasan ini telah diambil alih oleh Majlis Bandaran Besut (MDB) Kemudahan awam dibawa selian MDB adalah lebih baik berbanding dulu..
Masa ayu datang ni waktu cuti sekolah hujung tahun, jadi ramai jugaklah orang masa tu, tapi abang yang jaga toilet tu cakap kalau hujung minggu lagi ramai yang datang. Masa datang baru ni ayu sempat jugaklah rendam kaki dalam kolam air panas tu.. tapi kejap je lah sebab air nya agak panas.. 😂😂
Sebelum kita layan gambar menarik yang ayu sempat snap, kita baca serba sedikit info pasal kawasan kolam air panas la ni..
Kolam Air Panas La @ La Hot Spring Terletak di kawasan pendalaman Hulu Besut. Kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.
Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung yang datang turut berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.
Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia “SULFUR” atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit. Ia juga dikatakan sesuai untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan.
La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Terdapat banyak chalet baru yang dibina dengan harga yang berpatutan.
Pintu Gerbang masuk ke kawasan
La Hot Spring
Bangunan kedai dan hotel
Kalau lupe nk bawak pelampung
Boleh beli kat sini jer
Kena jalan kaki sikit ye kalau nak g
Kolam tu ye
Jambatan merentas sungai untuk
Ke kolam air panas
Ni lah sungai yang korang kena lintas
Untuk ke kolam tu. Kat sini pun
ramai orang yang mandi.
Ramaj kan yg mandi kt sini, tapi air
Kat sini sejuk. Kalau kawasan bawah
Kolam air panas tu suam kowt.
Kawasan lapang sebelum sampai ke
Kolam air panas.
Kalau nak berkelah boleh guna
Wakaf ni sebagai tempat makan
Dan boleh duduk santai2..
Air terjun kecil yang bersambung ke
Sungai bawah tu.
Kolam kecil @ kolam bawah..
Kolam ni rasanya dalam sikit
Berbanding kolam atas.
Kolam ala spa yg dibina untuk
Pengunjung. Air mengalir dari batu
Ke dalam kolam.
Sempat selfie sepukul
Kat tepi kolam ni..
Kat sini ada binaan kolam kecil,
Tapi sekarang tk berfungsi pun.
Tandas awam yang dah diperbaharui.
Ruangan untuk tandas dan bilik mandi
Dipisahkan.
Bilik mandi yang selesa.
Aliran air sungai yang sejuk dan
Menenangkan. .
Keluarga boleh bersantai di tepi
Sungai.
Ha.. ni lah jambatan yang kita
Kena lalu kalau nk ke kolam.
Antara chalet yang boleh jadi pilihan
Kalau nak bermalam..
Ni antara gambar yang ayu sempat ambil, tapi ayu tk sempat nk ambil detail pasal hotel n chalet kat sini.. tapi InsyaAllah next time kalau ayu pergi sini lagi, ayu tambah dalam entry ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan