Khamis, 20 Ogos 2015

Jom makan satay Di Pantai Irama


Alhamdulillah, hari selesai exam untuk paper ke 2 sem ni, so cuma tinggal 1 paper je lagi, lepas tu dah boleh rilekskan minda... 

Kebetulan lepas exam hari ni terasa lapar pulak time hujan2 camni... Jadi menu makan petang hari ni ialah satay n nasi ayam... Selera besar je hari ni...


Kalau kedai jual satay kat mana2 pun memang banyak, sekitar kota bharu ni pun banyak kedai jual satay... Tapi bagi ayu tempat yang paling best nk makan satay sambil bersantai adalah kat medan selera sekitar pantai irama bachok.

Kat medan selera ni pun ada bnyak pilihan kedai yang jual satay, tapi yang kena dengan selera ayu ade 1 je kedai. Dari tepi jalan dah boleh nampak kedai ni, sebab kedai ni adalah kedai yang paling depan sekali. Kedai no 1A di medan selera pantai irama, Bachok...

Kedai ni kalau tengok memang biasa2 je, tkde pelayan muda n cantik, yang ada kat kedai tu cuma 2 orang mak cik yang dah agak berusia, walaupun kadang2 service die agak lambat sikit, tapi boleh faham sebab keadaan mak cik tu yang dah agak berusia n diorang cuma kerja 2 orang je... Dan yang paling best sekali harga satay berpatutan dan besar...

Untuk harga 1 cucuk satay ayam atau daging cuma rm 0.70 sahaja... Satay yang dijual juga bersaiz agak besar. Jadi bila makan tu memang puas hati... Rasa satay yang dijual juga sedap dan kena dengan selera ayu. Sbb tu ayu booeh cakap kedai satay mak cik ni antara yang terbaik kat kawasan medan selera ni.

Berbanding kedai2 lain yang ayu sendiri dah pernah try, bnyak pekerja muda2, tapi service slow n adap tak berapa nk bagus sangat, memang tersangat annoying bila gi makan kt situ. kalau budak2 lelaki muda, mungkin suke pergi... Kalau dari segi harga pun agak mahal sedikit sekitar rm 0.80 ke rm 0.90 untuk 1 cucuk satay...

So bagi sesiapa yang berpeluang ke pantai irama bachok, kalau teringin nk makan satay, boleh cuba makan kat kedai no 1A medan selera bachok... Insya-Allah korang akan puas hati...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...