Selasa, 3 Februari 2015
Kura-kura Diubah Jadi Burger
GUANGZHOU - CHINA. Dek kerana takut kura-kura peliharannya disita petugas lapangan terbang, seorang lelaki yang dikenali sebagai Li telah ‘menukar’ kura-kura tersebut menjadi burger.
Memetik laporan daripada News.com.au, Li bertindak sedemikian bagi memastikan kura-kura tersebut dapat ‘terbang’ bersamanya.
Li dilaporkan hendak berlepas dari bandar raya Guangzhou Baiyun ke Ibu kota Beijing China.
Pada awalnya, Li berjaya mengaburi petugas ketika bagasinya melintasi pemeriksaan sinar X meskipun petugas tersebut seperti mengesyaki sesuatu.
Petugas tersebut sempat mengatakan bahawa beliau melihat satu ‘benjolan’ keluar daripada bagasinya.
Namun Lli membantah dakwaan petugas itu dan meyakinkannya, bahawa benda yang ia lihat bukan kura-kura.
"Tidak ada kura-kura, hanya burger dan tidak ada sesuatu yang istimewa di dalam bagasi ini untuk dilihat," kata Li seperti dilapor media China.
Walaupun lolos dalam pemeriksaan pertama, namun rahsia Li akhirnya terbongkar pada pemeriksaan berikutnya.
Akhirnya Li mengaku dia telah membawa haiwan peliharaanya itu dari rumah, kerana berharap dapat menikmati penerbangan bersama kura-kuranya itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik dan kesemsempatan untuk menulis lagi di sini.. Kalau perasan, kita sekarang masih l...
-
Pernah dengar nama De Xandra?? Tak kan tak pernah dengar kan.. Kat tv pun dah selalu keluar iklan pasal De Xandra Perfume ni.. Kalau kt me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan