Rabu, 24 Disember 2014

17 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Ramai Tidak Tahu.

Bila sebut ubat gigi, pastilah gunanya untuk bersihkan gigi saja.

Tapi rupa-rupanya ada banyak cara lagi ubat gigi ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.

Jom layan 17 lagi penyelesaian yang boleh dibuat dengan ubat gigi.

1. Bersihkan barang kemas termasuk yang ada batu permata intan berlian dengan ubat gigi saja. Cara lain, berus sekali celah-celah batu dengan berus gigi sama macam memberus gigi.


2. Kilatkan kaca pada lampu kereta pun boleh pakai ubat gigi saja. Bersinar-sinar gitu.


3. Para ibu dan pengumpul kasut snikers pasti suka yang ini. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.


4. Jadikan ubat gigi sebagai pencuci tandas pun boleh. Hehe.

5. Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.


6. Gula-gula getah melekat di rambut? Ini masalah biasa bagi para ibu yang ada anak kecil yang suka makan gula-gula getah.  Tapi adakalanya kawan-kawan dia yang nakal yang buat. Nak tanggalkan bukan senang. Kini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi saja. Haha.


7. Boleh guna ubat gigi untuk hilangkan calar di belakang CD rupanya.


8. Tensyen perabot kayu kat rumah kena conteng dengan anak-anak? Tak mengapa. Ubat gigi kan ada. Sental sampai hilang.



9. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.


10. Ini paling tak sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda calar? Hilangkan saja dengan ubat gigi. Yang penting gosok perlahan-lahan ye, bukan sental. Be gentle



11. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.


12. Kesan kotoran pada sterika juga boleh dihilangkan dengan ubat gigi.


13. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.


14. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.


15. Aha, tempek kat muka untuk keringkan jerawat dengan ubat gigi saja. LOL!


16. Lagi sekali, para ibu pasti suka. “Contenglah dinding tu nak. Nanti kita minta ayah borong ubat gigi banyak-banyak dan sama-sama gotong royong sental dinding ye.” LOL!


17. Bersihkan hitam di celah kuku pun boleh dengan ubat gigi.


Amacam? Kongsikan tips ini dengan rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...